Tentera Darat Turki
| Angkatan Darat Turki Türk Kara Kuvvetleri | |
|---|---|
| Aktif | 209 B.C. (dakwaan rasmi) |
| Negara | Turki |
| Jenis | Tentera darat |
| Peranan | Peperangan darat |
| Saiz | 315,000 anggota (2014) |
| Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Turki |
| Moto | "Etkin. Caydırıcı. Saygın." |
| Colors | Warna Emas & Merun |
| Peringatan | 28 Jun |
| Kelengkapan | Kelengkapan moden Angkatan Darat Turki |
| Pertempuran | Senarai peperangan Turki
|
| Laman web | kkk.tsk.tr/ |
| Komander | |
| Panglima Tentera Darat | Jeneral Ümit Dündar |
| Ketua Staf | Jeneral Yavuz Türkgenci |
| Tanda kebesaran | |
| Bendera pertempuran tentera | |
| Roundel pasukan udara tentera darat | |
| Cabang |
|---|
|
| Sejarah |
|
| Pasukan Khas |
|
| Anggota dalam |
|
| Misi dan aturgerak seberang laut terkini |
|
Angkatan Darat Turki (Turki: Türk Kara Kuvvetleri), atau Tentera Darat Turki (Turki: Türk Ordusu), merupakan cabang utama Angkatan Tentera Turki yang bertanggungjawab bagi operasi angkatan bersenjata yang berada di darat. Dakwaan rasmi menyatakan tentera darat ini telah diasaskan oleh Modu Chanyu pada tahun 209 SM, tetapi sejarah moden tentera darat ini bermula dengan penubuhannya selepas keruntuhan Empayar Uthmaniyah. Peristiwa-peristiwa penting sejak penubuhan Tentera Darat ini ialah berjuang didalam Perang Korea dan didalam Pencerobohan Turki keatas Cyprus tahun 1974, dan bertindak sebagai benteng NATO disepanjang perbatasan Perang Dingin sehingga tahun 1992. Tentera darat ini memegang tempat terpenting didalam angkatan tentera. Ia telah menjadi adat untuk Ketua Turus Am Republik Turki menjadi Panglima Tentera Darat Turki sebelum dilantik sebagai pegawai paling kanan tentera Turki itu. Bersama dua cabang tentera yang lain, Tentera Darat Turki kerap campur tangan dalam politik Turki, yang kini telahpun mengawal hingga membuat perubahan pada Majlis Keselamatan Negara. Panglima Tentera Darat Turki terkini ialah Jeneral Salih Zeki Çolak.
Pada tahun 2010 Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik menganggarkan bahawa Tentera Darat Turki mempunyai kekuatan kukuh kira-kira 402,000 anggota aktif, yang terdiri daripada 77,000 profesional dan 325,000 kerahan. Anggaran terbaru tahun (2012) meletakkan jumlah 391,000. Bagaimanapun, pada Oktober 2014 Angkatan Darat Turki mempunyai kekuatan 315,000 anggota menurut pengisytiharan TLF
Sehingga lewat tahun 2015, laporan mencadangkan Tentera Darat Turki (berserta dengan seluruh Angkatan Tentera) melihat kekuatan anggotanya meningkat ke tahap yang sama pada dekad 2000-an. Faktor-faktor yang menyumbang adalah ketidakstabilan yang berterusan di Syria dan Iraq kerana ISIS dan campurtangan Rusia di Syria, berserta kemunculan semula pemberontakan PKK di tenggara Turki.