Universiti UCSI

Universiti UCSI
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1986
PengasasDato' Peter Ng
Naib CanselorAcademician Senior Professor Dato' Dr Khalid Yusoff
CanselorYAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz
Pelajar13,000 (2018)
Lokasi
Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur
,
KampusKuala Lumpur, Sarawak, Terengganu, Negeri Sembilan
Laman sesawangwww.ucsiuniversity.edu.my

Universiti UCSI (dahulunya dikenali sebagai Kolej Antarabangsa Sedaya) merupakan sebuah universiti swasta yang diasaskan pada tahun 1986 dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah universiti pada 13 September 2003.

Terdapat empat buah kampus Universiti UCSI di seluruh Malaysia iaitu Cheras, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak; Kuala Terengganu, Terengganu dan terbaharu kampus Bandar Springhill di Port Dickson, Negeri Sembilan.

UCSI menawarkan pelbagai disiplin termasuk perubatan, farmasi, kejuruteraan, IT, sains gunaan, perniagaan, seni bina, muzik, sains sosial, seni kreatif dan hospitaliti.