Bandar Springhill

Bandar Springhill
Subbandar bagi Port Dickson
Persiaran Springhill
Lokasi Bandar Springhill di Negeri Sembilan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahPort Dickson
Luak Sungai Ujong
Ditubuhkan1997
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Port Dickson
Aras
25 m (82 ft)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Malaysia)
 • Musim panas (DST)Tidak terpakai
Poskod71010
Laman sesawanghttps://bandarspringhill.com/


Bandar Springhill (Jawi: بندر سڤريڠهل) merupakan sebuah perbandaran terancang di Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia terletak di antara Lukut di barat dan Bandar Sri Sendayan, Seremban di timur.

Bandar Springhill juga terletak di dalam lingkungan koridor ekonomi Lembah Wawasan Malaysia yang meliputi daerah-daerah Seremban dan Port Dickson di bahagian barat Negeri Sembilan.