Port Dickson

Port Dickson
Podeksen
Tanjung Kemuning
Bandar Port Dickson
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiڤورت ديكسن
 • Cina波德申
Bōdéshēn (Hanyu Pinyin)
Bōdāksān (Perumian Kantonis Yale)
Bo1 dak1 san1 (Jyutping)
Pho-tek-sin (Pe̍h-ōe-jī)
 • Tamilபோர்டிக்சன்
Pōrṭikcaṉ (Transliterasi)
Dari atas, mengikut arah jam:
Pemandangan pusat bandar dari udara, PD Waterfront, Pantai Cahaya Negeri, Tugu Peringatan Rejimen Askar Melayu Diraja, Pantai Teluk Kemang, menara jam
Etimologi: John Frederick Dickson, Setiausaha Negeri-negeri Selat
Nama panggilan: PD, Bandar Tentera Darat, Pantai Peranginan Negara
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahPort Dickson
Luak Sungai Ujong
Ditubuhkan10 Jun 1889 (1889-06-10)
Pentadbiran
 • Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port DicksonTuan Hasnor bin Abdul Hamid
 • Ahli Parlimen Port DicksonDato Seri Aminuddin Harun
Penduduk
 (2010)[1]
 • Jumlah115,631
Zon waktuUTC+8 (MST)
Laman sesawangMajlis Perbandaran Port Dickson
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"

Port Dickson (sebutan dalam loghat tempatan: Podeksen; Jawi: ڤورت ديكسن; juga disingkat sebagai PD) adalah sebuah bandar peranginan pantai yang terkenal, terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan, selepas Seremban.

Berhadapan dengan Selat Melaka, Port Dickson menawarkan pantai-pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk penduduk tempatannya berehat, berkelah, berenang dan sebagainya. Antara pantai-pantai yang ada di bandar ini termasuklah Teluk Kemang dan Tanjung Biru (Blue Lagoon).

Bersama-sama dengan Nilai dan Seremban, Port Dickson adalah sebahagian daripada koridor Lembah Wawasan Malaysia, iaitu sebuah kawasan pembangunan ekonomi yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan.