Orang Melayu Indonesia

Melayu Indonesia
ملايو ايندونيسيا
Sepasang suami isteri Melayu Riau menikmati gambus tradisional. Panel latar belakang menggabungkan palet tiga warna Melayu.
Jumlah penduduk
8,673,791 (2020)
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia:
 Sumatra Selatan3,139,000
 Riau2,880,240
 Kalimantan Barat1,259,890
 Kepulauan Bangka Belitung936,000
 Jambi914,660
 Kepulauan Riau (provinsi)600,108
 Sumatra Utara582,100
 Lampung269,240
 Jakarta165,039
 Bengkulu125,120
 Kalimantan Tengah87,222
Kalimantan Timur84,468
Kalimantan Utara64,881
Bahasa
Asli
Melayu (Pelbagai jenis bahasa Melayu vernakular)
Juga
Indonesia
Agama
Majoriti
Islam Sunni (98,77%)
Minoriti
 • Kristian (Protestan and Katolik Rom) (0,98%) • Buddha Vajrayana (0,22%) • Konfusianisme (0.014%) • Hindu (0.011%) • Lain-lain (0.003%)
Kumpulan etnik berkaitan

Orang Melayu Indonesia (Tulisan Jawi: ملايو ايندونيسيا) merupakan orang Melayu yang tinggal di Indonesia, sebagai salah satu kelompok etnik bangsa asli negara Indonesia. Bahasa Indonesia, bahasa kebangsaan Indonesia, merupakan salah satu daripada berkembangnya kepiawaian bahasa Melayu Riau. Ada beberapa bilangan kerajaan yang berkaitan dengan Melayu di Indonesia yang meliputi pesisir timur pulau Sumatera dan pesisir Kalimantan, yang mana sesetengahnya yang terkenal ialah Srivijaya, Kerajaan Melayu, Kesultanan Palembang, Kesultanan Jambi, Kesultanan Deli, Kesultanan Riau-Lingga dan Kesultanan Sambas. Banci 2010 menyatakan terdapat lebih kurang 8 juta orang Melayu di Indonesia; jumlah ini berasal daripada klasifikasi orang Melayu di Sumatra Timur dan pantai Kalimantan yang diiktiraf oleh pemerintah Indonesia.

Konsep satu Kemelayuan di Indonesia berbeza dengan yang terdapat di Malaysia, iaitu ras Melayu itu adalah semua penduduk yang tinggal di Asia Tenggara dan bukan hanya etnik atau bangsa, berbeza di Malaysia yang mana, Melayu mengamalkan keazaman asimilasi budaya (Melayuisasi atau "masuk Melayu") Menurut pengiktirafan itu, bangsa-bangsa Islam di Nusantara boleh dikatakan sebagai orang Melayu bukan secara langsung atau "Melayu Dagang" seperti Jawa, Bugis, atau Minangkabau, kerana mereka beragama Islam, telah lama bermastautin di dalam negara dan mempunyai resam yang mirip walaupun tidak sama mereka tetap diakui kerajaan sebagai orang Melayu dan mendapat hak khas yang sama.