Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim

ايستان نڬارا
Istana Negara
Maklumat umum
JenisIstana
Gaya seni binaSeni bina Islam, Melayu
LokasiJalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
Koordinat3°9′41″N 101°39′49″E 
Penyewa terkiniSultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong
Pembinaan bermulaNovember 2007
Disiapkan padaSeptember 2011
Dirasmikan pada15 November 2011
PembiayaanRM 800 juta
PemilikKerajaan Persekutuan Malaysia
PengendaliPengurusan Istana Negara
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekJabatan Kerja Raya Malaysia
Maklumat lain
sunting · sunting di Wikidata


Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim (Tulisan Jawi: (ايستان نڬارا, جالن توانكو عبدالحليم) ialah sebuah kompleks istana Malaysia yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, Malaysia. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011. Istiadat Menaikkan Bendera Diraja Yang di-Pertuan Agong telah diadakan pada 15 November 2011 bagi melambangkan Istana Negara di Jalan Tuanku Abdul Halim telah diisytiharkan sebagai Istana Negara Malaysia yang baharu.

Pentadbiran Istana Negara mula beroperasi sepenuhnya semasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan istiadat pertabalan pertama di istana ini.