Sahruddin Jamal
Sahruddin Jamal D.M.I.J. ADUN | |
|---|---|
| سحرالدين جمال | |
| Menteri Besar Johor ke-17 | |
| Dalam jawatan 14 April 2019 – 27 Februari 2020 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Didahului oleh | Osman Sapian |
| Digantikan oleh | Hasni Mohammad |
| Kawasan pilihan raya | Bukit Kepong |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Kesihatan, Alam Sekitar & Pertanian) | |
| Dalam jawatan 16 Mei 2018 – 14 April 2019 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Iskandar |
| Menteri Besar | Osman Sapian |
| Didahului oleh | Ayub Rahmat (Kesihatan dan Alam Sekitar) Ismail Mohamed (Pertanian) |
| Digantikan oleh | Mohd Khuzzan Abu Bakar (Kesihatan) Tan Chen Choon (Alam Sekitar) Tosrin Jarvanthi (Pertanian) |
| Kawasan pilihan raya | Bukit Kepong |
| Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia | |
| Dalam jawatan 31 Mei 2020 – 15 Disember 2022 | |
| Menteri | Ronald Kiandee (2020–2022) Mohamad Sabu (3–15 Disember 2022) |
| Ketua Pengarah | Ruhaida Mashhor |
| Didahului oleh | Abdul Malik Abul Kassim |
| Digantikan oleh | Sheikh Umar Bagharib Ali |
| Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Johor | |
| Menyandang jawatan 8 Jun 2022 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Timbalan | Mohd Rashid Hasnon |
| Didahului oleh | Muhyiddin Yassin |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Bukit Kepong | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Majoriti | 1,273 (2018) 710 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Sahruddin bin Jamal 26 Mei 1975 Kampung Baru Batu 28, Lenga, Muar, Johor, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) (2017–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pasangan | Nila Armila Mukdan |
| Tempat belajar | Universiti Hasanuddin (MD) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Doktor |
| Laman web | Sahruddin Jamal di Facebook |
Sahruddin bin Jamal (lahir 26 Mei 1975) merupakan seorang ahli politik dan doktor Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Bukit Kepong sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor ke-17 dari April 2019 sehingga kejatuhan pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020 serta sebagai Ahli EXCO Johor dalam pentadbiran PH di bawah bekas Menteri Besar Osman Sapian dari Mei 2018 sehingga kenaikan beliau ke jawatan Menteri Besar pada April 2019. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) dari Mei 2020 hingga Disember 2022. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebelumnya gabungan PH. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi BERSATU Negeri Johor sejak Jun 2022. Sebelum itu, beliau merupakan Setiausaha BERSATU Johor sebelum dinaikkan ke jawatan Pengerusi Negeri. Beliau juga merupakan Menteri Besar Johor yang paling singkat berkhidmat dalam sejarah, dengan tempoh perkhidmatan hanya selama 321 hari.