Reezal Merican Naina Merican

Reezal Merican Naina Merican
S.S.A.P. D.G.P.N. D.I.M.P.
ريزال ماريکان ناينا ماريکان
Reezal Merican pada tahun 2022
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Bertam
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului oleh Khaliq Mehtab Mohd Ishaq
Majoriti2,321 (2023)
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ke-9
Menyandang jawatan
1 Mei 2023
MenteriTengku Zafrul Abdul Aziz
Ketua Pegawai EksekutifMohd Mustafa Abdul Aziz
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 24 November 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Ismail Abd Muttalib
Didahului oleh Zuraida Kamaruddin
Digantikan oleh Nga Kor Ming
(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan)
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Timbalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Didahului oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Digantikan oleh Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(2015–2016)
Sultan Muhammad V
(2016–2018)
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Anifah Aman
Didahului oleh Hamzah Zainudin
Digantikan oleh Marzuki Yahya
Ketua Jabatan Pilihan Raya
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Menyandang jawatan
22 Mac 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kepala Batas
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 19 November 2022
Didahului oleh Abdullah Ahmad Badawi
Digantikan oleh Siti Mastura Muhammad
Majoriti4,176 (2013)
4,736 (2018)
Maklumat peribadi
Lahir
Reezal Merican bin Naina Merican

(1972-07-29) 29 Julai 1972
Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politik UMNO
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PasanganIsmalina Ismail, Sharifah Norhaslinda
Tempat belajarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican (Jawi: ريزال ماريکان بن ناينا ماريکان; lahir 29 Julai 1972) merupakan ahli politik dan jurubank Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke-9 sejak Mei 2023 dan ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) untuk Bertam sejak Ogos 2023. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mulai Ogos 2021 sehingga kejatuhan pentadbiran BN pada November 2022, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dari Mac 2020 hingga keruntuhan pentadbiran PN pada Ogos 2021 dan ahli parlimen (AP) bagi Kepala Batas menggantikan persaraan bekas perdana menteri ke-5, Abdullah Ahmad Badawi sebagai Ahli Parlimen daripada politik pada Mei 2013 hingga kekalahannya dalam pilihan raya pada November 2022. Beliau juga merupakan ahli dan ketua bahagian Kepala Batas Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN dan satu daripada dua ADUN BN dan UMNO Pulau Pinang di samping ADUN untuk Sungai Acheh, Rashidi Zinol. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO sejak Mac 2023. Beliau merupakan seorang etnik Melayu keturunanseorang etnik Melayu keturunan campuran India.