Abdullah Ahmad Badawi
Abdullah Ahmad Badawi | |
|---|---|
| عبد الله احمد بداوي | |
Abdullah pada 2006 | |
| Perdana Menteri Malaysia ke-5 | |
| Digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan باڤ ڤمباڠونن مودل انسان | |
| Dalam jawatan 31 Oktober 2003 – 3 April 2009 | |
| Raja | Tuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006) Tuanku Mizan Zainal Abidin (2006 - 2011) |
| Timbalan | Najib Razak (2004-2009) |
| Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
| Digantikan oleh | Najib Razak |
| Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ke-6 (merangkap Pengerusi Barisan Nasional) | |
| Dalam jawatan 31 October 2003 – 3 April 2009 | |
| Timbalan | Najib Razak |
| Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
| Digantikan oleh | Najib Razak |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kepala Batas | |
| Dalam jawatan 1978–2013 | |
| Didahului oleh | Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim |
| Digantikan oleh | Reezal Merican Naina Merican |
| Jawatan dalam kementerian | |
| 1978–1980 | Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan |
| 1980–1981 | Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan |
| 1981–1984 | Menteri Tak Berportfolio |
| 1984–1986 | Menteri Pelajaran |
| 1986–1987 | Menteri Pertahanan |
| 1991–1999 | Menteri Luar Negeri |
| 1999–2004 | Menteri Dalam Negeri |
| 1999–2003 | Timbalan Perdana Menteri |
| 2003–2008 | Menteri Kewangan |
| 2004–2008 | Menteri Keselamatan Dalam Negeri |
| 2008–2009 | Menteri Pertahanan |
| Jawatan lain | |
| 1961-1964 | Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung |
| 1983–1988 | Pegawai Daerah Barat Daya |
| 2003–2006 | Pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Abdullah bin Ahmad Badawi 26 November 1939 Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 14 April 2025 (umur 85) Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur |
| Cause of death | Masalah pernafasan |
| Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | UMNO |
| Gabungan politik lain | Perikatan
Barisan Nasional |
| Pasangan | Endon Mahmood Ambak (k. 1965; m. 2005) Jeanne Abdullah (k. 2007–2025) |
| Pertalian | Khairy Jamaluddin (Menantu) |
| Anak | Kamaluddin Abdullah Nori Abdullah |
| Ibu bapa |
|
| Saudara |
|
| Kediaman | Bait Badawi, Kampung Sungai Penchala |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam |
| Tempat belajar | Universiti Malaya |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad badawi (Jawi: عبد الله بن احمد بداوي; 26 November 1939 – 14 April 2025; juga dikenali sebagai Pak Lah) ialah Perdana Menteri Malaysia ke-5. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Pada tahun 1999 dilantik sebagai Timbalan kepada Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.