Parti Demokratik Progresif

Progressive Democratic Party
Parti Demokratik Progresif
Nama MalayParti Demokratik Progresif
SingkatanPDP
PresidenDato' Seri Tiong King Sing
Setiausaha amDato Anyi Ngau
Timbalan PresidenDato Henry Harry Jinep
PengasasDatuk Peter Nyarok Entrie
Diasaskan2002 (2002)
Pecahan
Ibu pejabatLot 158, 159 & 160, Seksyen 20, KTLD 9F/9G/9H, Jalan Badruddin, 93400 Kuching, Sarawak
Akhbar• Suara Sarawak
• Utusan Borneo
• The Borneo Post
• TVS
• Berita RTM
• Media GPS (Tiktok rasmi GPS)
Keanggotaan112,870 (Oktober 2025)
IdeologiNasionalisme Sarawak
Demokrasi sosial
• Hal ehwal pembangunan wilayah
• Hak kesejahteraan & kebajikan rakyat
Hak budaya Dayak Sarawak
• Perpaduan kaum dan agama
Hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
• Pemikiran bebas rakyat
• Konservatisme sosial
• Konservatisme ekonomi
• Regionalisme wilayah
Kedudukan politikTengah ke tengah kanan
Hubungan kebangsaanBarisan Nasional (2002–2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif)
• Kerajaan Perpaduan Malaysia (2022–kini) (rakan gabungan)
Warna     Blue, yellow
Pautan lain
Dewan Negara:
1 / 70
Dewan Rakyat:
2 / 222
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
7 / 82
Simbol pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata


Parti Demokratik Progresif atau Progressive Democratic Party (PDP), merupakan sebuah parti politik tempatan yang ditubuhkan serta didaftarkan secara rasmi pada 9 November 2002, dan parti ini juga merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Ini disebabkan oleh wujudnya perbalahan antara pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang melibatkan pihak pembangkang sehingga mengakibatkan ramai ahli SNAP bertindak keluar parti, dan bersepakat menubuhkan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang diterajui oleh presiden parti ketika itu, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom. Dan parti politik ini aktif berkhidmat sehingga kini.

Pada pertengahan tahun 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sekali lagi mengalami krisis dalaman parti berkenaan, apabila pemangku presiden SNAP waktu itu, Datuk Amar James Wong Kim Min, bertindak memecat bendaharinya yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April 2002 atas sebab tindakan disiplin sekaligus mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti yang mengakibatkan perpecahan antara dua puak. Satu puak diterajui oleh pemangku presiden James Wong dan timbalan presiden SNAP ketika itu, Peter Tinggom. Manakala satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom.

Krisis perpecahan yang berlaku ini telah mengakibatkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang juga merupakan parti tertua negeri Sarawak selama 41 tahun, secara rasminya dibatalkan pendaftarannya pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak lagi diisytiharkan sebagai parti politik yang sah dan diwartakan sebagai pertubuhan politik yang tidak berdaftar.

Susulan pembatalan pendaftaran baharu parti SNAP, bekas naib presiden parti berkenaan, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom akhirnya bersetuju untuk menubuhkan sebuah parti politik tempatan baharunya iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak atau dikenali sebagai Progressive Democratic Party (PDP), yang merupakan parti serpihan baharu daripada parti lamanya, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). PDP telahpun didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 November 2002, iaitu 4 hari kemudian selepas ROS bertindak membatalkan pendaftaran SNAP.

Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kini diterajui oleh presiden baharu yang juga merupakan bekas bendahari SNAP dan ahli parlimen Bintulu, Dato' Sri Tiong King Sing. Pada pilihan raya umum negeri Sarawak tahun lalu (PRU DUN Sarawak 2021), PDP berjaya memperoleh lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Jumlah keahlian dalam Parti Demokratik Progresif (PDP) kini mencecah sebanyak 112,870 ahli, setakat Oktober 2025. Ini sekaligus menjadikan PDP sebagai parti politik tempatan Sarawak yang kedua terbesar selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).