Orang Khmer

Khmer
Fail:Khmer people.png
Orang Khmer
Kawasan ramai penduduk
 Kemboja      14.2 juta
 Thailand1.4 Juta
 Vietnam1.3 Juta
 Amerika Syarikat241,025
Korea Selatan57,018
 Perancis68,000
 Australia25,710
 Kanada25,000
 Jepun23,750 (2023)
 Malaysia11,381
 Emiriah Arab Bersatu7,600
 New Zealand6,918
 Laos4,000
 Belgium3,000
 Austria2,133
Bahasa
Bahasa Khmer, Khmer Utara, Bahasa Perancis
Agama
Buddha Theravada
Kumpulan etnik berkaitan
Mon, Wa, dan rumpun etnik Mon-Khmer lain
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "poptime" yang tidak diketahui

Orang Khmer (bahasa Khmer: ខ្មែរ, disebut /ˈkmɛər/ atau /kəˈmɛər/) adalah kelompok etnik utama di Kemboja, merangkumi kira-kira 90% dari 14.8 juta penduduk di negara tersebut. Mereka bertutur Bahasa Khmer, iaitu sebahagian daripada bahasa rumpun bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara. Sebahagian besar orang Khmer beragama Buddha mengikut gaya khmer, suatu aliran yang mencampur adukkan mazhab-mazhab Buddha lain seperti Buddha Theravada, Hinduisme, animisme dan penyembahan nenek moyang. Orang Khmer juga boleh ditemui di kawasan berhampiran Thailand (Khmer Utara) dan kawasan Delta Mekong yang bersempadan Vietnam (Khmer Krom).