Onn Jaafar
Allahyarham Dato' Sir Onn Jaafar | |
|---|---|
عون جعفر | |
| Kelahiran | 12 Februari 1895 Jalan Gertak Merah, Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor |
| Meninggal dunia | 19 Januari 1962 (umur 66) Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Dikebumikan | Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor |
| Parti politik | UMNO (1946–1951) IMP (1951–1953) Parti Negara (1954–1962) |
| Pasangan | Rafeah Abdullah (cerai) Jamilah Osman (cerai) Che Kah (cerai) Datin Halimah Hussein, Lady Onn (k. 1921) |
| Ibu | Datin Roquaiya Hanim |
| Bapa | Dato' Jaafar Muhammad |
| Hubungan | Hishammuddin Hussein (cucu) Mohamed Noah Omar (besan) Mohd Seth Mohamed Said (besan dan menantu) Abdul Rahman Mohamed Yassin (abang ipar) Mohd Ghazali Mohd Seth (menantu) Ungku Abdul Aziz, Syed Hussein Alatas, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Azah Aziz (anak saudara) |
Allahyarham Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (Jawi: عون بن جعفر; 12 Februari 1895 – 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.