Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili SPDK (Sabah); DGSM (Melaka); SSAP (Pahang); PGDK (Sabah) | |
|---|---|
| Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah | |
| Menyandang jawatan 11 Mac 2022 | |
| Pengerusi | Hajiji Noor |
| Presiden Parti Bersatu Sabah | |
| Menyandang jawatan 17 November 2018 | |
| Timbalan | Joachim Gunsalam |
| Didahului oleh | Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan |
| Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob |
| Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
| Timbalan | Yang Berhormat Dato’ Hajah Hanifah Hajar Tun Abdul Taib |
| Ketua Menteri Sabah | Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor |
| Digantikan oleh | Armizan Mohd Ali |
| Kawasan pilihan raya | Kota Marudu |
| Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin |
| Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
| Timbalan | Yang Berhormat Dato’ Hajah Hanifah Hajar Tun Abdul Taib |
| Ketua Menteri Sabah | Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal (2018–2020) Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (2020–2021) |
| Didahului oleh | Pejabat ditubuhkan |
| Kawasan pilihan raya | Kota Marudu |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi P168 Kota Marudu, Sabah | |
| Dalam jawatan 12 Mac 2004 – 10 Oktober 2022 | |
| Raja | Tuanku Syed Sirajuddin Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Abdul Halim Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi Yang Amat Berbahagia Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Wetrom Bahanda |
| Majoriti | 3,189 (PRU-11) 4,189 (PRU-12) 842 (PRU-13) 1,774 (PRU-14) |
| Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air | |
| Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
| Raja | Sultan Muhammad V |
| Perdana Menteri | Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak |
| Timbalan | Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid 2013-2015 Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. James Dawos Mamit 2015-2018 |
| Didahului oleh | Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Peter Chin Fah Kui |
| Digantikan oleh | Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin Tenaga Yang Berhormat Dato' Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam Air |
| Kawasan pilihan raya | Kota Marudu |
| Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | |
| Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Abdul Halim |
| Perdana Menteri | Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak |
| Timbalan | Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof |
| Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 15 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Dato' Sri Dr. Jamaluddin Jarjis |
| Digantikan oleh | Yang Bahagia Datuk Dr. Ewon Ebin |
| Kawasan pilihan raya | Kota Marudu |
| Menteri di Jabatan Perdana Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional | |
| Dalam jawatan 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 | |
| Raja | Tuanku Syed Sirajuddin Sultan Mizan Zainal Abidin |
| Perdana Menteri | Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi |
| Timbalan | Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu Anak Belaun |
| Didahului oleh | Yang Bahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman Sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Dibubarkan) |
| Digantikan oleh | Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal Sebagai Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Diserap ke Kementerian) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Johnity @ Maximus bin Ongkili 26 Oktober 1953 Jesselton, Borneo Utara (kini Sabah) |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Bersatu (PBS) iaitu salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (2002-2018) Gabungan Bersatu (GBS) (2018-2020) Perikatan Nasional (PN) (2020-2022) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (September 2022-kini) (gabungan rasmi) |
| Pasangan | Mendiang Datin Seri Panglima Joan Maluda (meninggal dunia 2018) Datin Seri Panglima Chhunlin Roeng (sejak 2023) |
| Pertalian | Joseph Pairin Kitingan dan Jeffrey Gapari Kitingan (bapa saudara) James Peter Ongkili (abang) |
| Anak | Rachel Jane Ongkili Andreas Jordan Ongkili |
| Tempat belajar | La Trobe University, Australia |
| Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
| Gaji | RM41,578.13 sebulan |
| Kabinet | Kabinet Malaysia 2020 |
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (lahir 26 Oktober 1953) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) sejak Februari 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak untuk penggal kedua dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga keruntuhan pentadbiran BN pada November 2022. Beliau adalah Presiden Parti Bersatu Sabah yang bersekutu bersama parti lain di dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan juga sebagai komponen gabungan parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Pada 12 September 2020, Parti Bersatu Sabah (PBS) juga telah bersekutu dengan Gabungan baru yang diasaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin di Negeri Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Dahulunya, beliau merupakan bekas Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk kabinet 2008. Selepas itu, beliau pernah menyandang jawatan menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia yang dilantik untuk kabinet 2013 dibawah kepimpinan Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak. Sebelum ini juga, beliau merupakan bekas ahli Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Perpaduan dan Integrasi Nasional.
Dr. Maximus juga merupakan salah seorang ahli yang dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun, Sabah (KDCA). Sebagai Timbalan Presiden KDCA, beliau juga diamanahkan untuk mengetuai penganjuran Tadau Kaamatan peringkat negeri Sabah yang diadakan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun di KDCA Hongkod Koisaan (Pusat Budaya), Penampang dan telah menganjurkan banyak aktiviti berkaitan kemasyarakatan.