Lelaki Harapan Dunia

Lelaki Harapan Dunia
PengarahLiew Seng Tat
PenulisLiew Seng Tat
Lakon layarLiew Seng Tat
Dihasilkan olehSharon Gan
Dibintangi
SinematografiTeoh Gay Hian
Disunting olehPatrick Minks, Liew Seng Tat
Muzik olehLuka Kuncevic
Syarikat
penerbitan
Everything Films, Volya Films, Flying Moon Filmproduktion, Mandra Films
Diedarkan olehEverything Films
Tarikh tayangan
27 November 2014 (2014-11-27)
Masa tayangan
94 minit
Negara
BahasaMelayu
BajetRM 2.5 Juta
Pecah panggungRM 149,000

Lelaki Harapan Dunia (bahasa Inggeris: Men Who Save the World) merupakan sebuah filem drama komedi Malaysia 2014. Filem ini diterbitkan oleh Sharon Gan dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Faizal Halim (Malaysia), Hubert Bals Fund (Belanda), Netherlands Film Fund, World Cinema Fund (Jerman), Visions Sud Est (Switzerland), Fondation Groupama Gan pour le Cinéma - Cinefondation (Perancis), Prince Claus (Belanda), Sundance Institute | Mahindra Global Filmmaking Award, Sundance Institute Feature Film Program dan the Doris Duke Foundation (USA). Filem berkisah tentang sebuah kampung yang mana berlaku kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yang menyangka sebuah rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung khas buat Pak Awang (Wan Hanafi Su) dihuni oleh “hantu” sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang menghuni secara sembunyi.

Filem ini telah mengungguli Festival Filem Malaysia ke-27 dengan meraih lima anugerah dari dua belas pencalonan, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Filem ini juga berjaya memenangi tiga anugerah dari empat pencalonan di Anugerah Skrin 2015, termasuk Filem dan Pengarah Terbaik. Filem ini merupakan penyertaan Malaysia ketiga yang bertanding untuk Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik, selepas Bunohan (2012) dan Puteri Gunung Ledang (2004). Filem ini ditayangkan pada 27 November 2014.