Festival Filem Malaysia ke-27
| Festival Filem Malaysia ke-27 | |
|---|---|
| Tarikh | 2 - 5 September 2015 |
| Tempat | Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur |
| Pengacara | |
| Gambaran keseluruhan | |
| Filem Terbaik | Lelaki Harapan Dunia |
| Pengarah Terbaik | Liew Seng Tat - (Lelaki Harapan Dunia) |
| Pelakon Lelaki Terbaik | Lee Sai Peng (The Journey) |
| Pelakon Wanita Terbaik | Nur Fazura (Manisnya Cinta di Cappadocia) |
| Liputan televisyen | |
| Rangkaian | |
| Tempoh masa | 3 jam |
Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) merupakan acara penganugerahan filem Malaysia yang berlangsung pada 5 September 2015 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Sebelum acara kemuncak berlangsung, malam perasmian diadakan di Symphony Lake Suite, KLCC pada 2 September 2015. Pada malam kemuncak, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad bertindak sebagai pengacara bersama. Acara ini disiarkan pada jam 9 malam melalui saluran Astro Ria HD.
Filem Lelaki Harapan Dunia mencipta rekod sebagai filem paling banyak menerima pencalonan apabila meraih lima anugerah dari dua belas pencalonan yang diterima, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.