Ipoh
Ipoh | |
|---|---|
| Bandaraya Ipoh | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | ايڤوه |
| • Cina | 怡保 Yíbǎo (Hanyu Pinyin) Yìhbóu (Perumian Kantonis Yale) Ji4 bou2 (Jyutping) |
| • Tamil | ஈப்போ Īppō (Transliterasi) |
Latar langit pusat bandar raya Jalan Tun Sambanthan Topografi kars sekitar Tambun Taman Rekreasi Gunung Lang | |
Bendera Mohor | |
| Nama panggilan: Bandaraya Bunga Kertas | |
| Cogan kata: Bersih, Hijau dan Maju | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Perak |
| Daerah | Kinta |
| Ditubuhkan | Sekitar 1880 |
| Pengisytiharan sebagai Bandaraya | 27 Mei 1988 |
| Pentadbiran | |
| • Datuk Bandar | Dato' Rumaizi Baharin |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 643 km2 (248.268 batu persegi) |
| Aras | 21.95 m (72 ft) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 759,952 |
| • Kepadatan | 1,002.80/km2 (2,597.20/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | Musim Panas dan Hujan |
| Laman sesawang | Majlis Bandaraya Ipoh |
Ipoh ialah sebuah bandar raya yang terletak di sekitar Sungai Kinta dalam Daerah Kinta di negeri Perak, Malaysia dan merupakan ibu negeri bagi negeri tersebut. Setakat tahun 2025, populasi Ipoh telah mencecah sebanyak 887,711 orang, menjadikannya bandar raya kesembilan terbesar di Malaysia dan ibu negeri keempat paling ramai penduduk selepas Johor Bahru, Shah Alam dan George Town.
Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Dato' Zamri. Ipoh juga merupakan salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun di Malaysia, terletak di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "ipuh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.
Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 Mei 1988, oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah. Ia terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Kini, "Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.
Keretapi tren ETS Malaysia dari Kuala Lumpur adalah sampai di Stesen Ipoh terlebih dahulu. Stesen keretapi Ipoh juga merupakan stesen keretapi bersejarah di Malaysia. Pada zaman ini, perjalanan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur adalah mengambil masa kurang daripada 2 jam sahaja untuk sampai ke destinasi menggunakan keretapi berkelajuan tinggi yang boleh mencapai 140–160 km/j ini.
Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon bertaraf dunia juga adalah berasal dari Ipoh, Perak, Malaysia.