Zaidi Attan
Zaidi Attan | |
|---|---|
| زيدي اتن | |
| Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 6 April 2023 (Pelancongan, Warisan, Kesenian dan Kebudayaan) | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
| Ahli | Abdul Razak Abdul Rahman |
| Kawasan pilihan raya | Serkam |
| Dalam jawatan 14 Mei 2013 – 11 Mei 2018 (Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek) | |
| Gabenor | Mohd Khalil Yaakob |
| Ketua Menteri | Idris Haron |
| Ahli | Abdul Ghafar Atan Lim Ban Hong (2014–2018) |
| Didahului oleh | Hasan Abd Rahman (Kerja Raya dan Kemudahan Awam) Lai Meng Chong (Pengangkutan) Abdul Wahab Abdul Latip (Pemulihan Projek) |
| Digantikan oleh | Jawatan dibubarkan |
| Kawasan pilihan raya | Serkam |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
| Dalam jawatan 26 November 2021 – 31 Mac 2023 (Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar) | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
| Didahului oleh | Abdul Ghafar Atan |
| Digantikan oleh | Rais Yasin (Ahli Kanan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Jawatan dibubarkan (Alam Sekitar) |
| Kawasan pilihan raya | Serkam |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Serkam | |
| Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Ghazale Muhamad (BN–UMNO) |
| Majoriti | 3,600 (2013) 2,737 (2018) 79 (2021) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka | |
| 2013– | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Zaidi bin Attan 4 Oktober 1968 Melaka, Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Zaidi Attan di Facebook | |
Yang Berhormat Datuk Zaidi Attan (Jawi: زيدي اتن; lahir 4 Oktober 1968) merupakan seorang ahli politik di Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh bersama Ahli Abdul Razak Abdul Rahman sejak April 2023 bagi penggal kedua dan di bawah bekas Ketua Menteri Idris Haron bersama bekas Ahli Abdul Ghafar Atan dan Lim Ban Hong dari Mei 2013 sehingga kejatuhan pentadbiran BN pada Mei 2018 bagi penggal pertama. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli EXCO Melaka dalam pentadbiran negeri BN di bawah bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dari November 2021 hingga Mac 2023. Beliau turut berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Serkam sejak Mei 2013. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Beliau ialah ahli dan Naib Ketua Bahagian Jasin bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN. Pelantikan beliau sebagai Timbalan Ahli EXCO pada April 2023 dianggap sebagai satu penurunan jawatan kerana beliau sebelum ini telah dilantik sebagai Ahli EXCO pada November 2021. Perkara ini jarang berlaku dalam politik Malaysia.