Ab Rauf Yusoh
Ab Rauf Yusoh | |
|---|---|
| اب رؤوف يوسف | |
| Ketua Menteri Melaka ke-13 | |
| Menyandang jawatan 31 Mac 2023 | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Didahului oleh | Sulaiman Md Ali |
| Kawasan pilihan raya | Tanjung Bidara |
| Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
| Dalam jawatan 26 November 2021 – 31 Mac 2023 (Pelaburan, Industri, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
| Didahului oleh | Sulaiman Md Ali (Ketua Menteri, Pelaburan dan Industri) Norhizam Hassan Baktee (Ahli, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) |
| Digantikan oleh | Sendiri (Ketua Menteri, Pelaburan dan Industri) Allex Seah Shoo Chin (Ahli, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) |
| Kawasan pilihan raya | Tanjung Bidara |
| Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14 | |
| Dalam jawatan 11 Mei 2020 – 4 Oktober 2021 | |
| Gabenor | Mohd Khalil Yaakob (2020) Mohd Ali Rustam (2020–2021) |
| Timbalan | Ghazale Muhamad |
| Chief Minister | Sulaiman Md Ali |
| Didahului oleh | Omar Jaafar |
| Digantikan oleh | Ibrahim Durum |
| Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 14 Julai 2018 | |
| Pengerusi Kebangsaan | Ahmad Zahid Hamidi |
| Didahului oleh | Idris Haron |
| Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 14 Julai 2018 | |
| Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
| Timbalan | Mohamad Ali Mohamad (2018–2023) Rais Yasin (sejak 2023) |
| Didahului oleh | Idris Haron |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Tanjung Bidara | |
| Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
| Didahului oleh | Md Rawi Mahmud (BN–UMNO) |
| Majoriti | 364 (2021) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka | |
| 2021– | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ab Rauf bin Yusoh 20 September 1961 Masjid Tanah, Melaka, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Parti politik | United Malays National Organisation (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Ab Rauf Yusoh di Facebook | |
Ab Rauf bin Yusoh (Jawi: اب رؤوف بن يوسف; lahir 20 September 1961) merupakan seorang ahli politik di Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 sejak Mac 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Tanjung Bidara sejak November 2021. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dari November 2021 hingga kenaikan beliau sebagai Ketua Menteri pada Mac 2023 serta sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka dari Mei 2020 hingga Oktober 2021. Beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Bahagian Masjid Tanah bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan BN. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pengerusi BN dan UMNO negeri Melaka sejak Julai 2018.