Xu Guangqi

Xu Guangqi
Bahasa Cina: 徐光啓
Potret Xu Guangqi
Naib Menteri Upacara
Dalam jawatan
1629–1630
Didahului olehMa Zhiqi
Digantikan olehLi Sunchen
Setiausaha Tertinggi Pustaka Wenyuan
Dalam jawatan
1632–1633
Setiausaha Tertinggi Kanan
  • Zhou Tingru
  • Wen Tiren
Maklumat peribadi
Lahir24 April 1562
Shanghai, Songjiang, Zhili Selatan, China
Meninggal dunia8 November 1633(1633-11-08) (umur 71)
Beijing, Shuntian, Zhili Utara, China
Tempat semadiTaman Guangqi, Xujiahui, Xuhui, Shanghai, China
31°11′28″N 121°25′46″E / 31.1912°N 121.42957°E / 31.1912; 121.42957
KewarganegaraanChina
PasanganWu
Pertalian
  • Candida Xu (cucu)
  • Xu Zhun
  • Xu Maheux
AnakXu Ji (徐驥)
Ibu bapaXu Sicheng (徐思誠), ayah
PendidikanIjazah Jinshi (1604)
Pekerjaanpegawai sarjana (Kementerian Upacara dan Setiausaha Tertinggi), ahli agronomi, ahli falak, ahli ilmu hisab, pengarang
Dikenali dengan
  • Tiga Tonggak Katolikisme China
  • Terjemahan bahasa Cina Unsur Euklid
  • Takwim Chongzhen
  • Karya Lengkap mengenai Pertanian
Nama pembaptisanPaul Xu

Xu Guangqi atau Hsü Kuang-ch'i (24 April 1562 – 10 November 1633), juga dikenali dengan nama pembaptisan Paulus, adalah seorang ahli agronomi, ahli falak, ahli ilmu hisab, ahli siasah dan pengarang yang hidup semasa zaman dinasti Ming. Beliau merupakan rakan sekerja dan rakan usaha sama kepada Jesuit Itali, Matteo Ricci dan Sabatino de Ursis. Xu telah membantu mereka berdua menterjemah beberapa teks Barat klasik ke dalam bahasa Cina, termasuklah sebahagian daripada Unsur Euklid. Beliau juga merupakan pengarang bagi Nong Zheng Quan Shu, suatu karya mengenai pertanian.

Xu merupakan salah seorang daripada "Tiga Tonggak Katolikisme China". Gelaran terkini beliau ialah Hamba Tuhan. Pada 15 April 2011, jurucakap Vatikan Federico Lombardi mengumumkan beatifikasi Xu Guangqi.