Persatuan Jesus

Persatuan Jesus
Kerangka
KependekanSJ, Jesuit
Nama panggilanGesuiti 
Cogan kataAd maiorem Dei gloriam 
Jenis/bentuk sahkumpulan agama Katolik
Keanggotaan 26,799 lelaki (2018) 
Tapak websjweb.info
Sejarah
Dibentuk15 Ogos 1534
PengasasIgnatius dari Loyola, Francis Xavier, Peter Faber, Holy Companions 
Pengurusan
Ketua Umum (Praepositus Generalis)Adolfo Nicolás
Tokoh pentingIgnatius dari Loyola — pengasas
Pertubuhan indukGereja Latin 
SubsidiariJesuit Refugee Service, Jesuit Volunteer Corps 
Lokasi
Ibu pejabatGereja Gesu,
Roma, Itali
Koordinat41°53′45″N 12°28′47″E 
sunting · sunting di Wikidata

Societas Iesu ([so.si.é.tas i.yé.su]; disingkatkan kepada S.J. atau S.I; Mal. Persatuan Yesus/Persatuan Jesus, Ind. Serikat Yesus) ialah sebuah kumpulan agama Gereja Katolik yang hanya terdiri daripada ahli-ahli lelaki yang dikenali sebagai Jesuit/Yesuit (Latin: Iesuitæ). Para paderi dan anggota dalam persatuan ini memikul tugas menyebarkan agama di 112 negara di enam benua dengan pematuhan mereka secara berdisplin mencerminkan prinsip Persatuan iaitu Formula Insitut. Para anggota dalam persatuan ini terlibat dalam bidang pendidikan, penyelidikan intelek, dan pembudayaan, selain kerja-kerja mubaligh, memberi ketenangan, perubatan, pemupukan keadilan sosial dan penyatupaduan sesama penganut.

Persatuan ini ditubuhkan oleh Santo Ignatius dari Loyola yang menciptakan suatu Latihan Rohaniah agar lebih mendekati Yesus Kristus. Pada tahun 1534, Ignatius mengumpul enam orang pemuda untuk berikrar agar hidup dalam serba kekurangan, membujang, dan taat setia kepada paus; mereka menggelar diri mereka sebagai amigos en el Señor — sahabat-sahabat Tuhan. Peraturan Pemikiran bersama Gereja ke-13 tertera: "Saya percaya bahawa yang saya lihat sebagai putih adalah hitam jika ditetapkan sedemikian oleh tatatingkat Gereja". Rancangan Ignatius untuk menyusun kumpulan ini pada tahun 1539 menerima restu Paus Paulus III pada tahun 1540 atas titah-perintah berisi Formula. Persatuan Jesus terlibat dalam Pemulihan Balas (terhadap gerakan Protestan), kemudian bertanggungjawab memodenkan Gereja Katolik.

Persatuan Jesus ditahbiskan di bawah naungan Madonna Della Strada (Madonna yang Dirahmati), serta dipimpin oleh Ketua Jeneral, kini Adolfo Nicolás. Ibu pejabat Persatuan ini iaitu Kuria Utama, terletak di Rom. Kuria bersejarah St Ignatius kini sebahaguan Collegio del Gesù yang bersambung dengan Gereja Gesù, iaitu Ibu Gereja Jesuit.