Beatifikasi
Beatifikasi ([béa.ti.fi.ka.si]; Latin: beatificatio "membahagiakan...memuliakan" lakuran beatus, "bahagia" dan facere, "menjadikan") ialah pernyataan daripada pihak Gereja Katolik bahawa seseorang penganut yang telah meninggal dunia itu menurut mereka telah dijamin masuk Syurga malah menjadi pengantara antara Tuhan dengan sesiapa yang meminta bantuan di bawah nama si mati tersebut (intercessio).
Penyataan ini dulu pernah dilakukan oleh sebarang uskup, namun suatu dokumen digubal Paus Urbanus VIII bertarikh 6 Julai 1634 berjudul Cœlestis Jerusalem menetapkan bahawa hanya pihak Takhta Suci sahaja yang mampu berbuat demikian.