Makam Xu Guangqi
Pemandangan daripada hadapan | |
| Butiran | |
|---|---|
| Ditubuhkan | sekitar 1634 Masihi |
| Lokasi | Xujiahui, Shanghai |
| Negara | Republik Rakyat China |
| Saiz | 3,000 meter persegi, dengan tinggi makam utama 2.2 meter, berbentuk bujur |
Makam Xu Guangqi (Cina Ringkas: 徐光启墓, Cina Tradisional: 徐光啟墓, Pinyin: Xú Guāngqǐ mù) ialah makam milik Xu Guangqi (24 April 1562 – 10 November 1633), seorang pegawai pada masa akhir wangsa Ming, penyelidik, serta pemimpin dan penganut agama Katolik. Makam ini terletak di Taman Guangqi, daerah Xujiahui, Shanghai, Republik Rakyat China. Ia mempunyai keluasan sekitar dengan luas sekitar 3,000 meter persegi, tinggi 2.2 meter dan berbentuk bujur.
Pada tahun ketujuh (1634) zaman pemerintahan Maharaja Chongzhen (1628–1644), tanah makam ini merupakan makam pegawai peringkat pertama yang dikembalikan ke Shanghai. Akibat keadaan siasah yang kurang stabil, makam ini dipindahkan ke vila Shuangyuan di luar gerbang selatan daerah Shanghai. Pada tahun ke-14 (1641) zaman pemerintahan Chongzen, berlaku perarakan pemakaman di barat daya kanton ke-6, bao ke-28, desa Gaochang, daerah Shanghai, wilayah Songjiang. Pada tahun ke-29 (1903) pemerintahan Maharaja Guangxu dari wangsa Qing (1875–1908), makam Katolik di Jiangnan ini didirikan semula. Pernah ditinggalkan dan dijadikan kebun sayur, pada tahun 1957, ia dibangunkan semula. Ketika zaman Revolusi Kebudayaan, taman ini berubah menjadi gudang dan mengalami kerosakan yang serius, sebelum ia dibangun kembali pada 1983. Pada tahun 2003, dengan mengikut pembangunan pada tahun 1903, makam ini menyambut ulang tahun pembangunan semulanya yang ke-100.
Sejak 26 Mei 1959 sehingga 7 Disember 1977, makam Xu Guangqi dimasukkan dalam senarai kerja perlindungan barang budaya di Shanghai. Pada 13 Januari 1988, makam ini ditetapkan sebagai Barang Budaya dan Sejarah Penting Kebangsaan oleh Setiausaha Negara Republik Rakyat China.