Shanghai

Shanghai
上海市
Municipality
Wilayah Pentadbiran Shanghai
Lujiazui dari Jambatan Zhapulu dengan Menara Oriental Pearl (kiri) dan Menara Shanghai (kanan)
Taman Yu
Jalan Nanjing
Pusat Pameran Shanghai
Bandar Lama Shanghai
Bangunan HSBC di The Bund
Kuil Jing'an
Mohor rasmi Shanghai
Etimologi: 上海浦 (Shànghǎi pǔ) nama asal Sungai Huangpu
Lokasi Wilayah Pentadbiran Shanghai di China
Koordinat (Dataran Rakyat): 31°13′43″N 121°28′29″E / 31.22861°N 121.47472°E / 31.22861; 121.47472
NegaraChina
WilayahTimur China
Penubuhan Bandar Qinglong746
Penubuhan Daerah Huating751
Penubuhan Daerah Shanghai1292
Wilayah Pentadbiran7 Julai 1927
Ibu Pejabat PentadbiranDaerah Huangpu
Bahagian16 daerah setingkat daerah; 210 pekan dan subdaerah
Pentadbiran
 • JenisWilayah Pentadbiran
 • BadanKongres Rakyat Wilayah Shanghai
 • Setiausaha PartiChen Jining
 • Pengerusi Kongres Rakyat Wilayah ShanghaiHuang Lixin
 • Datuk BandarGong Zheng
 • Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat Wilayah ShanghaiHu Wenrong
 • Perwakilan Kongres Rakyat Nasional57 anggota
Keluasan
 • Municipality6,341 km2 (2,448 batu persegi)
 • Air653 km2 (252 batu persegi)
 • Metro
14,922.7 km2 (5,761.7 batu persegi)
Aras
4 m (13 ft)
Aras tertinggi
(Bukit Sheshan)
118 m (387 ft)
Penduduk
 (2023)
 • Municipality24,874,500
 • Pemeringkatan1 di China
 • Kepadatan3,900/km2 (10,000/batu persegi)
DemonimOrang Shanghai
KDNK (nominal) (2024)
 • Wilayah PentadbiranCN¥ 5,393 bilion (ke-9) US$ 757 bilion
 • Per kapitaCN¥ 216,791 (ke-2) US$ 30,448
Zon waktuUTC+08:00 (Waktu Standard China (CST))
Kod Pos
200000–202100
Kod kawasan21
Kod ISO 3166CN-SH
Pertumbuhan KDNK5%
Indeks Pembangunan Manusia (2022)0.895 (ke-2 di China) – sangat tinggi
Awalan nombor pendaftaran kenderaan沪A, B, D, E, F, G, H, J, K, L, M, N; 沪C (pinggir luar sahaja)
SingkatanSH / 沪 (Hù)
Bunga BandarMagnolia Yulan
Bahasa RasmiBahasa Shanghainese dan Bahasa Mandarin Baku
Laman sesawangwww.shanghai.gov.cn / english.shanghai.gov.cn

Shanghai yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. Dianggap secara meluas sebagai kubu kota ekonomi moden China, bandar raya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaan, perdagangan, kewangan, perindustrian, dan komunikasi yang terpenting di China. Dari segi pentadbiran, Shanghai ialah kawasan perbandaran Republik Rakyat China yang berperingkat provinsi statusnya. Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia, dan pernah menjadi pelabuhan kargo yang terbesar di dunia pada tahun 2005.

Pada asalnya merupai sebuah kota perikanan yang lengang, Shanghai menjadi bandar raya China yang terpenting menjelang abad ke-20 serta pusat kebudayaan rakyat, maksiat, perbincangan ilmiah, dan komplot-komplot politik semasa Republik China. Pada suatu ketika, Shanghai menjadi pusat kewangan yang ketiga terbesar di dunia, selepas Bandaraya New York dan London, serta bandar raya perdagangan yang terbesar di Timur Jauh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Selepas diambil alih oleh komunis pada tahun 1949, Shanghai menjadi lembap di bawah pencukaian kerajaan pusat yang begitu berat serta penyingkiran kebanyakan unsur borjuisnya. Menyusuli kebenaran kerajaan pusat terhadap pembangunan semula ekonomi pasaran Shanghai pada tahun 1992, Shanghai dengan pantasnya mengatasi Shenzhen dan Guangzhou yang telah bermula lebih awal dan sejak dari masa itu, bandar raya ini telah mendahului pertumbuhan ekonomi China. Setengah-setengah cabaran masih dihadapai oleh Shanghai pada permulaan abad ke-21, dengan bandar raya ini menghadapi penghijrahan pekerja yang semakin meningkat serta jurang kekayaan yang besar. Bagaimanapun dengan mengetepikan cabaran-cabaran tersebut, pencakar-pencakar langit dan gaya hidup moden Shanghai menandakan mercu pembangunan ekonomi China yang baru-baru ini.