Tengku Maimun Tuan Mat

Tengku Maimun Tuan Mat
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-10
Dalam jawatan
2 Mei 2019 – 1 Julai 2025
Dicalonkan oleh Mahathir Mohamad
Dilantik oleh Sultan Abdullah
Raja Sultan Ibrahim (2024-kini)
Sultan Abdullah (2019-2024)
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (2018—2020)
Muhyiddin Yassin (2020—2021)
Ismail Sabri Yaakob (2021—2022)
Anwar Ibrahim (2022—kini)
Didahului olehRichard Malanjum
Digantikan olehWan Ahmad Farid Wan Salleh
Pengerusi
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Dalam jawatan
2 Mei 2019 – 1 Julai 2025
Didahului olehRichard Malanjum
Digantikan olehWan Ahmad Farid Wan Salleh
Maklumat peribadi
Lahir
Tengku Maimun binti Tuan Mat

(1959-07-02) 2 Julai 1959
Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganDato’ Haji Zamani Ibrahim
Anak4
Tempat belajarUniversiti Malaya

Tun Dato' Tengku Maimun binti Tuan Mat (lahir 2 Julai 1959) ialah peguam Malaysia dan Ketua Hakim Malaysia yang kesepuluh. Tengku Maimun diumumkan sebagai Ketua Hakim Malaysia yang kesepuluh, menggantikan Richard Malanjum yang bersara pada 12 April 2019, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 2 Mei 2019. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan di dalam jabatan kehakiman tertinggi di negara ini.