Wahabi
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Wahabi (Arab: Al-Wahhābīyya الوهابية) atau Wahhabisme merupakan sebuah gerakan Islah dalam aliran Ahli Sunah Waljamaah mazhab Athariah berdasarkan fahaman Muhammad bin Abdul Wahab, seorang ulama' yang bermazhab Hanbali. Fahaman ini merupakan penerusan daripada apa-apa yang dibawa oleh Ibn Taymiyyah. Pengikut fahaman ini juga mendakwa bahawa fahaman ini merupakan penerusan kepada apa yang diperjuangkan Imam Ahmad ibn Hanbal.
Gerakan ini diterima lagi oleh keluarga diraja Bani Saud pada tahun 1744 yang kini memerintah negara Arab Saudi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah.
Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting, iaitu tauhid bersih daripada syirik dan menyerang segala perkara yang dianggap baharu atau bidaah. Fahaman Wahabi diajar luas di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, dan Mauritania.
Aliran Wahabi telah diiktiraf oleh pelbagai Ulama' Dunia seperti Sheikh Yusuf Al Qaradawi dan Sheikh Ahmad El Tayeb dan juga Ulama' Tempatan seperti Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) dan Haji Abdul Hadi Awang .
Namun begitu beberapa negeri telah mengeluarkan fatwa kesesatan aliran Wahhabiyah ini seperti Sabah Perak Negeri Sembilan Pahang dan Johor