Yusuf al-Qaradawi

Syeikh Dr.
Yusuf 'Abdullah al-Qaradawi
يوسف عبد الله القرضاوي
Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Dalam jawatan
2004–2018
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehAhmad al-Raysuni
Maklumat peribadi
Lahir(1926-09-09)9 September 1926
Mesir
Meninggal dunia26 September 2022(2022-09-26) (umur 96)
Doha, Qatar
Tempat belajarUniversiti al-Azhar
Peribadi
EraModen
KawasanMesir
AkidahSunni
Karya pentingFiqh az Zakat, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Fiqh al Jihad dan lain-lain
Jawatan kanan
Dipengaruhi oleh
Mempengaruhi
  • Rached Ghannouchi

Al-Allamah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi (Arab: يوسف القرضاوي, rumi: Yūsuf al-Qaraḍāwī; 9 September 1926 – 26 September 2022) ialah seorang ulama Islam kelahiran Mesir yang menetap di Doha, Qatar. Beliau ialah pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa hingga 2018. Beliau terpengaruh dengan jalur pemikiran daripada Ibn Taimiah, Ibn Qayyim, Sayyid Rashid Rida, Hassan al-Banna, Abul Hasan Ali Hasani Nadwi, Abul A'la Maududi dan Naeem Siddiqui. Beliau terkenal dengan rancangannya "Syariah dan Kehidupan" (Arab: الشريعة والحياة, rumi: al-Sharīʿa wa al-Ḥayāh, yang disiarkan di Al Jazeera, yang mana anggaran penontonnya sekitar 40–60 juta orang seluruh dunia. Beliau juga dikenali dengan IslamOnline, sebuah laman web yang beliau bantu tubuhkan sekitar tahun 1997 dan menjadi ketua ilmuwan Islam.

Al-Qaradawi mengarang lebih daripada 120 buah buku, termasuk Halal dan Haram di dalam Islam dan Islam: Ketamadunan Masa Depan. Beliau turut menerima pelbagai anugerah dan hadiah antarabangsa bagi sumbangan beliau dalam keilmuan Islam, dan dianggap sebagai salah seorang ulama Islam paling berpengaruh semasa hidupnya. Al-Qaradawi pernah mempunyai peranan dalam kepimpinan intelektual bagi Ikhwan Muslimin, sebuah pertubuhan Islamis di Mesir, walaupun beliau berulang kali menyatakan beliau bukan lagi anggota pertubuhan tersebut dan dua kali (pada 1976 dan 2004) menolak tawaran bagi memegang jawatan dalam pertubuhan tersebut.

Al-Qaradawi kadang kala digambarkan sebagai seorang pejuang Islam sederhana (Islamis yang wasati). Beberapa pandangan beliau, seperti perestuan beliau terhadap pengeboman berani mati warga Palestin menentang Israel, menyebabkan pelbagai maklum balas beberapa kerajaan dari Barat: visa beliau ke United Kingdom telah ditarik balik pada 2008, dan dihalang daripada memasuki Perancis pada 2012.