Geng: Pengembaraan Bermula

Geng: Pengembaraan Bermula
Poster promosi Geng
PengarahMohd Nizam Abdul Razak
PenulisMuhammad Anas Abdul Aziz
Dihasilkan olehHj Burhanuddin Md Radzi
DibintangiAmir Izwan Abdul Rahim
Ida Rahayu Yusoff
Kee Yong Pin
Nur Fathiah Diaz
Kannan a/l Rajan
Balqis Fadhullah Lim
Mohd Shafiq Mohd Isa
Abu Shafian Abdul Hamid
Muzik olehYuri Wong
Mohamed Azfaren Aznam
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 12 Februari 2009 (2009-02-12) (Malaysia)
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM 4.7 juta
Pecah panggungRM 6.2 juta

Geng: Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins untuk pasaran luar negara, juga dikenali sebagai Upin Ipin - Geng The Movie, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian) dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.

Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada Januari 11 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2008 dan mengambil masa selama lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.

Setelah disiapkan, filem Geng mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 buah pawagam seluruh negara. Dilaporkan bahawa filem Geng berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton dari sebanyak 55 buah pawagam, sekaligus menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagamnya di Malaysia sepanjang tahun 2009, di samping menghampiri rekod Lagi Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001 dan filem ke-12 paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia.

Ekoran kejayaan besar tersebut, filem Geng dieksport ke beberapa negara, sementara DVD Geng dipasarkan di Malaysia mulai September 2009. Filem Geng turut menikmati siaran TV perdana di tiga saluran berlainan (Disney Channel, Cartoon Network Disney XD dan TV9) pada hari yang sama, iaitu 10 Disember 2009; sambutan penonton tidak kurang hebatnya.