Disney+ Hotstar

Disney+ Hotstar
Kawasan yang dipasarkanIndia, Amerika Utara, United Kingdom, Dunia Arab, dan beberapa bahagian negara di Asia Tenggara
(versi mungkin berbeza)
(lihat negara yang dilancarkan)
PresidenSunil Rayan
IndustriPenstriman
ServisPenstriman video atas permintaan
PemilikThe Walt Disney Company India
IndukNovi Digital Entertainment (Disney Star)
Laman webwww.hotstar.com
Kedudukan Alexa 251 (12 Jun 2020)
Jenis laman webPlatform OTT
Dilancarkan11 Februari 2015 (2015-02-11)
Status terkiniAktif

Disney+ Hotstar (dikenali hanya sebagai Hotstar) ialah sebuah perkhidmatan OTT penstriman beserta video atas permintaan India yang dimiliki oleh Disney Star yang juga merupakan anak syarikat kepada The Walt Disney Company. Ia dilancarkan sebagai Hotstar sejak 2015, sebelum pemerolehan Hotstar oleh Disney pada April 2020. Di India, perkhidmatan ini digunakan lebih kurang 300 juta pengguna aktif.

Pada Februari 2020, setelah pemerolehan induk Star India, 21st Century Fox, oleh Disney pada 2019, Disney mengumumkan rancangan integrasi perkhidmatan video atas permintaan Disney+ dengan Hotstar pada April 2020, untuk memanfaatkan infrastruktur dan pengguna Hotstar. Pada 3 April 2020, platform tersebut digabungkan dengan Disney+.

Disney+ Hotstar juga terdapat di negara di luar India, iaitu, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Manakala, negara di Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Dunia Arab, dan Singapura pula hanya didatangkan dengan perkhidmatan penstriman Hotstar sahaja. Di Malaysia, perkhidmatan ini mula beroperasi pada 1 Jun 2021 dengan menyiarkan kandungan dari Disney dan puluhan filem tempatan.