Komedi

Komedi lazimnya difahamkan sebagai penceritaan atau karya yang menimbulkan rasa lucu atau menggelikan hati lalu mencetuskan tawaan melalui penyampaian kelakuan atau lakonan.

Kebanyakan unsur komedi mempunyai ragaman diterap seperti kejutan, ketidaksesuaian, pertelingkahan, perulangan, dan kesan jangkaan-jangkaan bertentangan, meskipun terdapat banyak genre terkenal dalam komedi.