Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur
Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) ialah sebuah festival filem di Kuala Lumpur, Malaysia, pertama kali diadakan pada bulan November-Disember 2007. Ia mempunyai program pertandingan, di mana Anugerah Perdana diberikan dalam 5 kategori kawasan: Filem Asia Terbaik, Filem Afrika Terbaik, Filem Eropah Terbaik, Filem Amerika Utara Terbaik, dan Filem Amerika Selatan Terbaik, termasuk juga Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik dan Animasi Terbaik.