Tun Faisal Ismail Aziz

Tun Faisal Ismail Aziz
تون فيصل اسماعيل عزيز
Tun Faisal Ismail pada 2020
Ketua Penerangan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Menyandang jawatan
29 November 2024
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehDatuk Razali Idris
Maklumat peribadi
Lahir
Tun Faisal Ismail bin Aziz

(1971-10-09) 9 Oktober 1971
Ipoh, Perak, Malaysia
Parti politikUMNO (hingga 2023)
BERSATU (2023–kini)
PasanganDatin Norhafilah Mohammad Khawari
Anak4
PendidikanSekolah Tuanku Abdul Rahman
Tempat belajarUniversiti Sains Malaysia (BSc)
PekerjaanAhli politik

Datuk Tun Faisal Ismail bin Aziz (Jawi: تون فيصل اسماعيل بن عزيز; lahir 9 Oktober 1971) adalah bekas Setiausaha Akhbar Kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) daripada 12 Feb 2014 sehingga Mei 2018.

Tun Faisal merupakan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan. Sebelum ini, beliau pernah memagang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya (2018-2023), mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan mantan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2009 - 2013). Disebabkan kelantangan beliau mengkritik dan mendedahkan pengkhianatan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau telah dihukum gantung selama enam tahun pada 27 Mac 2021 dan dipecat pada tahun 2023 bersama 42 orang pemimpin UMNO yang lain pada 5 Januari 2023.

Beliau pernah menjadi Pegawai Khas (Dasar) kepada Menteri Pelajaran semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Pelajaran (2004 - 2009). Beliau merupakan penulis ucapan utama kepada Menteri Pelajaran ketika itu, terlibat dalam penulisan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 KPM, Rancangan Malaysia ke-9 Kementerian Pelajaran Malaysia, merangka jawapan kepada pertanyaan Parlimen dan penulisan kertas-kertas Kabinet KPM. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri (2010 - 2013), menjadi penulis ucapan dasar utama kepada Menteri Dalam Negeri, membantu dalam perkara dasar berkaitan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AaDK), Kementerian Dalam Negeri.

Selain terlibat sebagai penulis ucapan dasar Menteri Pelajaran, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam aspek Komunikasi Strategik dan Perang Siber Politik, beliau terlibat dalam Operasi Perang Siber dan media sosial Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Cybertrooper Pemuda BN, Laman Web Pemuda UMNO, RELA dan JASA (Media Sosial). Pengarah Bahagian Pembangunan Kandungan JASA (Konten). Penerbitan Buku JASA. Messaging Coordination Team (MCT) Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam bidang Perancangan Strategik, beliau terlibat dalam unit Perancangan Strategik untuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 KPM, Pelan Strategik ICT (ISP) KPM (Pendidikan); Penjenamaan semula RELA, pembentukan Skuad Muda Rela, Skuad Muda KDN, Sukarelawan Anti Dadah 1Malaysia (SKUAD 1M) (Keselamatan); Gerak kerja media social Pilihan Raya Kampus, Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Pengundi RELA, JPAM dan AdDK (Politik); Penambah baikkan Jabatan Farmasi Pusat Perubatan Selangor (Perkhidmatan Kesihatan), Messaging Coordination Team (MCT) Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam kalangan golongan profesional muda yang terlibat dengan Dewan Profesional Muda Malaysia (PROMUDA), aktif dalam perdebatan siber Promuda dan lebih dikenali ketika itu sebagai Penjejak Badai.

Tun Faisal mula dikenali umum selepas bertanding menentang Datuk Ahmad Zaki Zahid, Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pertandingan tersebut beliau kalah dengan hanya tiga undi.