Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
| جابتن ڤرخدمتن عوام | |
Kerajaan Malaysia | |
| Intisari kerajaan | |
|---|---|
| Dibentuk | 22 Ogos 1934 |
| Jenis | Kerajaan |
| Ibu pejabat | Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya |
| Kakitangan | 4,849 (2018) |
| Belanjawan tahunan | MYR 2,027,907,500 (2018) |
Eksekutif kerajaan | |
Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Laman sesawang | www |
Jabatan Perkhidmatan Awam (Tulisan Jawi: جابتن ڤرخدمتن عوام; singkatan: JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.