Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Lokasi
Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, sekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan, sekolah lelaki
MotoIlmu Panduan Hidup
Nombor sekolah605-5457733
Kod sekolahAEB2050
PengetuaEn. Azmi Bin Jimat
Faks605-5467000
Laman sesawangwww.staripoh.edu.my

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (atau nama ringkasnya STAR) merupakan sebuah sekolah menengah berasrama penuh bantuan kerajaan. Sekolah ini telah dinamakan sempena DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Malaysia pertama iaitu Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Sekolah ini terletak di Ipoh, Perak.

Pada 14 Januari 1957, sekolah ini telah ditubuhkan di tapak kem tentera darat di Baeza Avenue (kini dikenali dengan Jalan Hospital), dan asalnya dikenali dengan Sekolah Menengah Melayu. Pada 2 Januari 1958, tapak sekolah ini berpindah ke tapak sekarang iaitu di Jalan Sultan Azlan Shah (dahulunya dikenali dengan Tiger Lane) di atas tanah seluas 46 ekar. Pada 14 Mei 1958, sekolah ini ditukar nama kepada "Sekolah Tuanku Abdul Rahman" (STAR).