Sapawi Ahmad
Sapawi Ahmad PGDK (Sabah) | |
|---|---|
| ساڤوي احمد | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Sipitang, Sabah | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2018 | |
| Didahului oleh | Yusof Yacob (UMNO—BN) |
| Digantikan oleh | Yamani Hafez Musa |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 5 Julai 1956 Sipitang, Sabah |
| Parti politik | Barisan Nasional (BN) |
| Pasangan | Datin Patimah Ali |
| Anak | 5 |
| Pekerjaan | Ahli politik dan bekas Ahli Anggota Parlimen |
| Laman web | http://datuksapawiahmad.blogspot.com/ |
Yang Berbahagia Datuk Sapawi bin Haji Amat Wasali @ Ahmad (Jawi: ساڤوي بن امت واسلي @ احمد; lahir 5 Julai 1956) merupakan ahli politik Malaysia dari Sabah, Borneo. Sehingga kini beliau masih setia dengan UMNO, iaitu parti komponen Barisan Nasional (BN)
Bekas Ahli Parlimen Sipitang ini pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri kepada tujuh orang Ketua Menteri Sabah.
Kualiti kerja beliau disenangi oleh Ketua-Ketua Menteri. Beliau juga merupakan YDP Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sejak tahun 2023.
Geografi kawasan Sipitang agak unik, terletak di selatan negeri Sabah, ia bersempadan dengan Sarawak (Lawas) dan Kalimantan (Indonesia).
Sipitang juga adalah laluan utama ke Brunei melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan.
Jaraknya dari bandaraya Kota Kinabalu ialah kira-kira 144km manakala dari Beaufort adalah 44 km.
Di daerah Sipitang, terdapat beberapa suku kaum dan antara suku kaum yang menetap di daerah tersebut adalah Etnik Kadazandusun Membakut, Etnik Melayu, (suku Kadayan serta Brunei), Lun Bawang/Lundayeh, Murut dan Cina.
Sipitang juga terkenal sebagai penganjur Pesta Gasing dan Tamu Besar atau lebih dikenali dengan nama Pesta GATA, yang diadakan dua tahun sekali.