Saari Amri

Saari Amri
Kelahiran
Saari bin Jusoh

(1966-04-13) 13 April 1966
Nama lainIraas Irma, Fitri Amri, Siti Wan Kembang
PekerjaanKomposer, penulis lirik, penerbit album
Tahun aktif1988 - 2000
Kampung asalKuala Lumpur, Malaysia
PasanganSenorita Abdul Rahman
Anak-anakMohd Fitri Amri
Iraas Irmarita
Iraas Marliany
Amri Farizuan
Kerjaya muzik
DiskografiLihat: Diskografi Saari Amri
Syarikat rakamanMenora Music Entertainment
Kegiatan berkaitanKumpulan Ukays
Kumpulan Umbrella
Kumpulan Slam
Kumpulan Scan
Shima
Ziana Zain
Nike Ardilla
Azie
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "background"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Saari Jusoh atau lebih dikenali sebagai Saari Amri (lahir 13 April 1966) ialah seorang komposer, penulis lirik dan penerbit album Malaysia yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Beliau merupakan komposer muda yang dianggap pelopor muzik 1990-an. dan sudah menghasilkan lebih 600 buah lagu ciptaannya berada di pasaran. Nama beliau dikenali kerana menghasilkan rangkaian koleksi lagu-lagu popular yang terus menjadi siulan sehingga kini antaranya Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (Ukays), Butakah Cinta (Spring), Suci (May), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Gerimis Mengundang (Slam), Mengintai Dari Tirai Kamar (Exists), Penantian (Black Rose), Ku Tak Akan Bersuara juga Duri Terlindung (Nike Ardila) dan banyak lagi.

Pada tahun 1994 beliau telah menerbitkan album Ukays berjudul Bisa Berbisa yang terjual melebihi 400,000 unit di Malaysia. Album itu telah melonjakkan lagi nama beliau dan Kumpulan Ukays dipersada muzik tanah air ketika itu.