Black Rose
Black Rose | |
|---|---|
| Juga dikenali sebagai | Blackrose |
| Asal | Malaysia |
| Genre | Rock |
| Tahun aktif | 1988 |
| Kegiatan berkaitan | Saari Amri, Headwind |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Kumpulan Black Rose adalah sebuah kumpulan rock Malaysia yang pernah aktif pada awal tahun 90-an dan menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Berbeza dengan kumpulan lain yang terarah kepada muzik rock yang keras dan berat, Black Rose lebih berpaksikan muzik American Glamrock yang masih baharu dalam industri muzik tanah air pada ketika itu.
Single daripada album pertama mereka yang menggunakan nama kumpulan sebagai judul album, Penantian ciptaan komposer terkenal Saari Amri dan lirik oleh Mario Blackrose telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tempatan. Lagu Penantian juga telah membawa kumpulan ini ke peringkat akhir Juara Lagu '91 setelah menjadi juara bulanan pada April 1991.