Exists

Exists
Juga dikenali
sebagai
Exist (sehingga 1997)
AsalJohor Bahru, Johor, Malaysia
GenreRock kapak, hard rock, pop rock, rock alternatif
Tahun aktif1991—kini
DiskografiLihat: Exists discography (en)
Syarikat rakaman
Anggota semasaAlong (gitar)
Musrad (bes)
Ujang (dram)
Ezad (vokal)
Ajai (keyboard)
Mamat (vokal)
Bekas anggotaShah (gitar)
Joey (vokal)
Pautan berkaitan
Tapak sesawang
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Exists merupakan sebuah kugiran rock Malaysia yang juga popular di Singapura dan Indonesia.

Kumpulan muzik remaja yang berasal dari Johor Bahru ini mula mencipta nama pada akhir tahun 1991 menerusi album debut mereka, Exist. Dengan jualan album pertama mereka yang mencecah 250,000 unit, dengan sekelip mata mereka telah mencapai puncak populariti dalam industri muzik tempatan, malah lagu Untukmu Ibu juga membawa tuah kepada mereka kerana berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-7. Kumpulan ini juga telah memasuki peringkat akhir Anugerah Juara Lagu sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1992, 1994, 2002 dan 2003 dengan dua vokalis yang berbeza. Mereka mempunyai lapan album studio serta lima album kompilasi sejak dari tahun 1991.