Diskografi Saari Amri

Saari Amri ialah seorang komposer, penulis lirik dan penerbit album Malaysia. Beliau dikenali menerusi lagu "Pasti" hasil ciptaannya untuk kumpulan Mega pada tahun 1989.

Selain itu juga, beliau sangat dikenali dengan lagu ciptaan Mahakarya dari kumpulan Ukays. "Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu" (1994). Hasil penulisan beliau kini menjadikan beliau masyur di Malaysia dengan dikenali sebagai Raja Melodi. Sentuhan beliau menjadikan sesebuah karya itu dikenali pada era 90 an.