Slam
Slam | |
|---|---|
| Asal | Johor Bahru, Johor, Malaysia |
| Genre | Rock , Pop , Rock kapak |
| Tahun aktif | 1993—kini |
| Diskografi | Diskografi Slam |
| Syarikat rakaman | BMG Music (1993—1999) |
| Anggota semasa | Zamani - Vokal Shah - Gitar Utama Ajak - Gitar Kedua Lili - Bass Man - Dram Eddie - Keyboard |
| Bekas anggota | John - vokal Ronnie Hussein - vokal |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Slam merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia . Slam adalah salah sebuah kumpulan muzik yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air dan boleh diklasifikasikan dalam kategori growth, di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan. Nama Zamani, Shah, Ajak, Lili, Man & Eddie tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul Kesan Terbukti. Album ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu dengan 5 lagu berada di kedudukan teratas carta muzik Malaysia dan Indonesia seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Manisnya Rindu dan Bukan Niat Membalas Derita. Mereka kemudiannya terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani dan lagu malar segar mereka, Gerimis Mengundang.