Bandar Kuala Pilah

Kuala Pilah
Kolo Pilah
Bandar dan ibu daerah
Bandar Kuala Pilah
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiكوالا ڤيله
 • Cina瓜拉庇勞
Guālā Bìláo (Hanyu Pinyin)
Gwālāai Beilòuh (Perumian Kantonis Yale)
Gwaa1 laai1 bei3 lou4 (Jyutping)
 • Tamilகோலா பிலா
Kōlāpilā (Transliterasi)
Jalan Besar (sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 9 LP 9) melalui pusat bandar
Lokasi Bandar Kuala Pilah di dalam Daerah Kuala Pilah
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahKuala Pilah
Luak Ulu Muar
Pentadbiran
 • JenisPihak berkuasa tempatan
 • BadanMajlis Daerah Kuala Pilah
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
72xxx
Laman sesawangwww.mdkp.gov.my
Majlis Daerah Kuala Pilah
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Jenis
Jenis
Sejarah
DiasaskanJun 1980
Kepimpinan
Presiden
Mohd Faizal Abdul Manap
Setiausaha Daerah
Amin Jamail Thamimul Ansary
Moto
Indah, Makmur
Tempat persidangan
72009 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
www.mdkp.gov.my
sunting

Kuala Pilah (sebutan dalam loghat tempatan: Kolo Pilah; Jawi: كوالا ڤيله), juga diringkaskan sebagai Pilah sahaja, merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah senama di tengah Negeri Sembilan, Malaysia, serta merupakan pusat pentadbiran bagi daerah berkenaan.

Bandar ini terkenal dengan seni bina rumah-rumah kedai berhias cantik cerminan kemewahan para pengusaha syarikat milik mereka yang berniaga di sini pada sekitar 1910-an dan 1920-an ketika ia menjadi tempat pertemuan jalan-jalan timur dan barat Semenanjung.