Konurbasi Lembah Kinta
Konurbasi Lembah Kinta | |
|---|---|
| ZPP Ipoh-Seri Iskandar-Lumut | |
Kawasan Bandar Ipoh | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Perak |
| Daerah | Kinta Kuala Kangsar Perak Tengah Manjung |
| Bandar utama | Ipoh |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 643 km2 (248 batu persegi) |
| Penduduk (2010) | |
| • Jumlah | 737,861 |
| • Kepadatan | 1,023/km2 (2,650/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Kod Kawasan | 05 |
Konurbasi Lembah Kinta, juga dikenali sebagai Ipoh Raya (bahasa Inggeris: Greater Ipoh) dan Zon Promosi Pembangunan (ZPP) Ipoh-Seri Iskandar-Lumut dalam Rancangan Fizikal Negara, merangkumi bandar raya Ipoh, iaitu ibu negeri Perak dan bandar-bandar di sekitar Lembah Kinta. Konurbasi ini juga menjangkaui sehingga ke Sungai Siput di utara dan sebahagian Daerah Perak Tengah dan Daerah Manjung ke arah barat daya, menjadikannya kawasan metropolitan keempat terbesar di Malaysia.