Rizam Ismail

Rizam Ismail
رِزَام إِسْمَاعِيل
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Menyandang jawatan
21 Ogos 2023
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Menteri BesarAmirudin Shari
PortfolioKemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kelestarian Kampung Tradisional, Perpaduan Negara, Hal Ehwal Pengguna & Koperasi
Didahului olehBorhan Aman Shah
(Kebudayaan Melayu, Warisan, Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisional)
Siti Mariah Mahmud
(Perpaduan Negara)
Kawasan pilihan rayaSungai Air Tawar
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Sungai Air Tawar
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului oleh Kamarol Zaki Abdul Malek
Majoriti1,440 (2018)
846 (2023)
Setiausaha Politik kepada
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Dalam jawatan
5 April 2023 – 20 Ogos 2023
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriTengku Zafrul Abdul Aziz
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehZainuri Zainal
Setiausaha Politik kepada
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Dalam jawatan
27 Januari 2023 – 5 April 2023
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriTengku Zafrul Aziz
Didahului olehMuhammad Hilman Idham
Digantikan olehJawatan dibubarkan
Ketua Pembangkang Selangor
Dalam jawatan
26 Jun 2018 – 23 Jun 2023
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Menteri BesarAmirudin Shari
Didahului olehMohd Shamsudin Lias
Digantikan olehAzmin Ali
Kawasan pilihan rayaSungai Air Tawar
Maklumat peribadi
Lahir
Rizam bin Ismail

(1981-01-30) 30 Januari 1981
Selangor, Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)

Rizam bin Ismail (Tulisan Jawi: رِزَام إِسْمَاعِيل, sebutan Melayu: [rizam]; lahir 30 Januari 1981) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari sejak Ogos 2023 serta Setiausaha Politik kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz dari April hingga Ogos 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Sungai Air Tawar sejak Mei 2018. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Selangor dari Jun 2018 hingga Jun 2023 dan Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul dari Januari hingga April 2023. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau juga kini merupakan satu-satunya Ahli EXCO Selangor daripada BN dan UMNO — yang pertama sejak 2008 — serta salah seorang daripada hanya dua ADUN BN dan UMNO di Selangor bersama ADUN Dusun Tua, Johan Abd Aziz.