Mohd Shamsudin Lias
Dato' Mohd Shamsudin Lias DPMS (Selangor); JSM | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negeri Selangor bagi Sungai Burong | |
| Dalam jawatan 2004–2023 | |
| Didahului oleh | Hasan Mohd Ali |
| Digantikan oleh | Mohd Zamri Mohd Zainuldin |
| Majoriti | 2,330 (PRU-14) 3,013 (PRU-13) 2,710 (PRU-12) |
| Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 20 Jun 2013 – 9 Disember 2014 | |
| Didahului oleh | Mohamad Satim Diman |
| Digantikan oleh | Rizam Ismail |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 15 Disember 1953 Kampung Kunci Air Buang, Tanjong Karang, Selangor |
| Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Mohd Shamsudin bin Lias (lahir 15 Disember 1953) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Sungai Burong selama empat penggal (2004-2023).
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mohd Shamsudin yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan mendapat 8,741 undian ketika menentang Mohd Zamri Mohd Zainuldin daripada Pas yang mendapat 6,411 undi.
Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau memperoleh majoriti undi sebanyak 2,330.
Turut bertanding, calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Tamizi Lazim yang memperoleh undi 5,323.
Pemegang Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Syracuse, New York State, Amerika Syarikat ini pernah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC).
Pada PRU11, Mohd Samsudin yang mewakili BN menang dengan mendapat undian sebanyak 9,321. Beliau menewaskan Hasan Mohamed Ali daripada Barisan Alternatif yang beroleh 4,801 undi manakala pada PRU12, beliau mendapat undian 8,872 menentang Abdul Ghani Samsudin daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 6,162 undi.
Sementara itu, PRU13, sekali lagi Mohd Shamsudin mengulangi kejayaan dengan mendapat undian 11,464.
Beliau ketika itu menentang Mohamad Judi Sarjo daripada parti Pakatan Rakyat yang beroleh 8,451 undi.
Mohd Shamsudin menang dengan majoriti 3,013.
Kerjaya:
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong (2004 hingga kini)
- Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC)
- Pegawai Daerah Petaling
Pendidikan:
- Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Syracuse, New York State, Amerika Syarikat