Amirudin Shari

Amirudin Shari
أمير الدين شاعري
Potret rasmi pada tahun 2018
Menteri Besar Selangor ke-16
Menyandang jawatan
19 Jun 2018
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Didahului olehMohamed Azmin Ali
Kawasan pilihan rayaSungai Tua
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Menyandang jawatan
17 Julai 2022
PresidenAnwar Ibrahim
Timbalan PresidenRafizi Ramli (2022–2025)
Nurul Izzah Anwar (sejak 2025)
Didahului olehZuraida Kamaruddin
Pengerusi
Pakatan Harapan Negeri Selangor
Menyandang jawatan
6 Mac 2020
Pengerusi KebangsaanAnwar Ibrahim
Didahului olehMohamed Azmin Ali
Pengerusi
Pakatan Harapan Negeri Pahang
Dalam jawatan
6 September 2022 – 28 Ogos 2024
Pengerusi KebangsaanAnwar Ibrahim
Didahului olehFuziah Salleh
Digantikan olehFuziah Salleh
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Gombak
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului olehMohamed Azmin Ali
(PHPKR)
Majoriti12,729 (2022)
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Sungai Tua
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Majoriti11,374 (2018)
5,185 (2023)
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Batu Caves
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului olehJagarasah Verasamy
(BNMIC)
Digantikan olehJawatan dibubarkan
Majoriti3,639 (2008)
3,261 (2013)
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
2014–2018Pengerusi Pembangunan Generasi Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan
2018Pengerusi Pembangunan Generasi Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi
Puak yang diwakili dalam Dewan Rakyat
2022−Pakatan Harapan
Puak yang diwakili dalam
Dewan Undangan Negeri Selangor
2008–2018Parti Keadilan Rakyat
2018–Pakatan Harapan
Maklumat peribadi
Lahir
Amirudin bin Shari

(1980-02-08) 8 Februari 1980
Benut, Johor, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
PasanganMasdiana Muhamad
Anak6
Tempat belajarUniversiti Putra Malaysia
PekerjaanAhli politik
Laman webwww.amirudinshari.com

Amirudin bin Shari (Tulisan Jawi: أمير الدين بن شاعري; lahir 8 Februari 1980) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 sejak Jun 2018, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Sungai Tua sejak Mei 2018 dan Ahli Parlimen Malaysia (AP) bagi kawasan Gombak sejak November 2022. Beliau pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar terdahulu Mohamed Azmin Ali dari September 2014 hingga pelantikannya sebagai Menteri Besar pada Jun 2018 serta ADUN bagi Batu Caves dari Mac 2008 hingga Mei 2018. Beliau ialah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan PH dan dahulu PR. Beliau juga telah dilantik sebagai Naib Presiden PKR sejak Julai 2022 dan Pengerusi Negeri PH Selangor sejak Mac 2020 serta Pengerusi PH Pahang dari September 2022 hingga Ogos 2024.

Beliau pernah menjadi pengurus pasukan bola sepak Selangor F.C., dan telah membawa pasukan ke dua perlawanan akhir Piala Malaysia berturut-turut, pada tahun 2015 dan 2016. Misi ke-33 yang terkenal untuk menjuarai Piala Malaysia berjaya dilaksanakan pada tahun 2015 di bawah kepimpinannya. Selangor juga muncul juara Sukma 2016 di bawah Amirudin.

Pada awal penglibatannya dalam aktivisme sosial dan politik, Amirudin giat memperjuangkan isu-isu demokrasi, kebudayaan, dan pelajar. Sesi perbincangan terbuka sering diadakan bersama Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT) dengan matlamat memartabatkan seni dan budaya.