Johan Abd Aziz
Johan Abd Aziz | |
|---|---|
| جوهن عبدالعزيز | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Dusun Tua | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Edry Faizal Eddy Yusof |
| Majoriti | 3,014 (2023) |
| Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor | |
| Menyandang jawatan 25 November 2022 | |
| Pengerusi Kebangsaan | Ahmad Zahid Hamidi |
| Didahului oleh | Megat Zulkarnain Omardin |
| Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Negeri Selangor | |
| Menyandang jawatan 25 November 2022 | |
| Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
| Didahului oleh | Megat Zulkarnain Omardin |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Semenyih | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Ahmad Kuris Mohd Nor (BN–UMNO) |
| Digantikan oleh | Bakhtiar Mohd Nor (PH–BERSATU) |
| Majoriti | 1,140 (2008) 4,757 (2013) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Johan bin Abdul Aziz |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA (BBA) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Johan Abd Aziz di Facebook Johan Abd Aziz di TikTok | |
YB Datuk Wira Johan bin Abdul Aziz (Jawi: جوهن عبدالعزيز) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Dusun Tua sejak Ogos 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai ADN bagi Semenyih dari Mei 2008 hingga Mei 2018. Beliau ialah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Sejak November 2022, beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi BN dan UMNO Selangor serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga merupakan salah seorang daripada hanya dua ADN BN dan UMNO di Selangor bersama ADN Sungai Air Tawar, Rizam Ismail.