Pilihan raya umum Malaysia 1978

Pilihan raya umum Malaysia 1978

8–22 Julai 1978

Semua 154 kerusi dalam Dewan Rakyat
78 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar5,059,689
Pengundi hadir75.30%
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Hussein Onn Lim Kit Siang Asri Muda
Parti BN DAP PAS
Pilihan raya
lepas
60.81%, 135 kerusi 18.32%, 9 kerusi 13 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
130 16 5
Perubahan kerusi 5 7 8
Undian popular 1,987,907 664,433 537,720
Peratusan 57.23% 19.13% 15.58%
Peralihan undi 3.58% 0.81%

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Hussein Onn
BN

Perdana Menteri dilantik

Hussein Onn
BN


Pilihan raya umum Malaysia 1978 merupakan pilihan raya umum Malaysia yang kelima dan diadakan antara 8 hingga 22 Julai 1978. Pilihan raya ini merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pengundian telah diadakan di 154 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia, setiap satu memilih seorang ahli Parlimen ke Dewan Rakyat.

Dalam pilihan raya ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah meninggalkan parti campuran Barisan Nasional dan bertanding semula sebagai parti pembangkang. Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan besar seperti pilihan raya sebelumnya, dengan memenangi 130 daripada 154 kerusi. Kerusi selebihnya dimenangi oleh parti-parti pembangkang. Sebanyak 57.23% undian berpihak kepada Barisan Nasional dengan peratusan pengundi hadir sebanyak 75.3%.

Pilihan raya negeri juga telah diadakan pada hari yang sama di 276 kawasan negeri di serata Malaysia, kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak. Pilihan raya negeri Sabah telah diadakan pada April 1976, manakala di Kelantan telah diadakan pada Mac 1978. Pilihan raya negeri tidak diadakan di Sarawak kerana belum mencapai tempoh matang bagi sidang Dewan Negeri.