Parti Negara Sarawak
Parti Negara Sarawak | |
|---|---|
| Pemimpin/ketua | Datu Bandar Abang Haji Mustapha |
| Pengasas | Abang Mustapha Abang Moasali |
| Diasaskan | 9 April 1960 |
| Dibubarkan | 28 Mac 1968 |
| Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Parti Negara Sarawak (PANAS) atau National Party of Sarawak merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada 9 April 1960 di Sarawak, Malaysia untuk menghadapi pilihan raya majlis tempatan dan daerah yang telah dimulakan pada tahun 1959. PANAS mendukung tujuan melindungi, memelihara dan memajukan kepentingan politik, pendidikan, keagamaan, ekonomi, sosial dan kebudayaan rakyat seluruh negeri Sarawak, khasnya kaum bumiputera.
Pada 28 Mac 1968, parti ini bergabung dengan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) untuk membentuk Parti Bumiputera yang kemudian bercantum dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 30 April 1973.