Parti Cinta Sabah

Parti Cinta Sabah
Love Sabah Party
PCS
SingkatanPCS
PresidenYB Datuk Seri Anifah Aman
PengasasDr. Nicholas James Guntobun
Diasaskan2013
Disahkan28 August 2013
Ibu pejabatLot 29, 1st Floor, Block E, Nountun Industry Estate, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Ideologi
Hubungan kebangsaanGabungan Sabah (USA/GS) (sehingga 2018)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (sejak 2024)
WarnaBlue, white, red
SloganDemi Autonomi dan Kedaulatan Sabah
(For The Autonomy and Freedom of Sabah)
Tapak sesawanghttp://www.particintasabah.com/
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri:
0 / 60
Simbol pilihan raya
Bendera parti
sunting · sunting di Wikidata



Parti Cinta Sabah (PCS) atau dalam bahasa Inggeris: Love Sabah Party adalah sebuah parti politik Malaysia. Ia adalah antara 20 parti terbaru yang pendaftarannya telah diluluskan oleh Registrar of Society (RoS) dan mendapat kebenaran untuk beroperasi sebagai parti politik pada 2013. Parti ini merupakan salah satu komponen parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkerja-sama dalam Gabungan Sabah Bersatu atau United Sabah Alliance (USA) dari tahun penubuhan gabungan pada 2016 sehingga pembubaran gabungan tersebut pada tahun 2018. PCS berjaya menyertai semula gabungan parti tempatan Sabah pada tahun 2024, iaitu menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini gabungan tersebut berdaftar dengan JPPM (ROS).