Rahim Razali
Rahim Razali DPMP (Perak); AMN | |
|---|---|
رحيم رزالي | |
| Kelahiran | Abdul Rahim bin Mohd Razali 3 Julai 1939 |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 1959–kini |
| Pasangan | Datin Salmiah Abdul Mukmin |
| Anak-anak | 3 |
Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Rahim Haji Mohd Razali (Jawi: عبد الرحيم محمد رزالي; lahir 3 Julai 1939) merupakan seorang pelakon filem, dramatis dan pengacara sukan, pengarah, penerbit filem, penerbit TV, jururunding skrip, dan penulis Malaysia. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia dan terkenal dengan filem-filem termasuk Dayang Suhana (1978), Abang (1981), Matinya Seorang Patriot (1984), Tsu Feh Sofiah (1986), Puteri (1987), Abang 92 (1993), Puteri Gunung Ledang (2004) Cinta (2006), Munafik (2016-18), Spilt Gravy on Rice (2022) dan Imaginur (2023). Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.