Mechamato

Mechamato
Tangkap layar sedutan daripada video lagu tema siri animasi Mechamato
Juga dikenali sebagai
Mechamato: Siri Animasi
Genre
PenciptaNizam Razak
Dibangunkan oleh
Safwan Karim
Ditulis olehAnas Abdul Aziz
PengarahDzubir Mohammed Zakaria
Raja Nukman Raja Mohd Noordin
Pelakon suara
Armand Ezra Ezal
Adzlan Nazir
Ielham Iskandar
Marissa Balqis
Syabil Syamin
Lagu pembukaan"Armored Hero Mechamato", ditulis dan digubah oleh Nur Sharmine Md Bakri
Dipersembahkan oleh Nil Cardoso
PenggubahNur Sharmine Md Bakri
Mohd Rizdzuwan Md Jusoh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim4
Bilangan episod52 (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitNizam Razak
PenyuntingDzubir Mohammed Zakaria
Raja Nukman Raja Mohd Noordin
LokasiBalai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempoh siaran21min/episod
Syarikat penerbitan
Monsta Studios
Syarikat pengedaran
Warner Bros. Discovery International (Asia-Pasifik, tidak termasuk Jepun)
Toei Animation (Asia-Pasifik dan Jepun)
Primeworks Studios (Media Prima) (Malaysia)
Astro (MEASAT Broadcast Network Systems) (Malaysia)
Astro Shaw (MEASAT Broadcast Network Systems) (Malaysia)
Jetpack Distribution (luar Asia)
Educational Broadcasting System (Korea Selatan)
Bandai Namco Music Live (Jepun)
Mediacorp Studios (Mediacorp) (Singapura)
Radio Televisyen Malaysia (RTM) (Malaysia)
Penyiaran
Saluran asalCartoon Network Asia
Netflix
Astro Ceria
Astro Prima
TV3
TV9
Mediacorp Saluran 5
Mediacorp Suria
Amazon Prime
TV2
Format gambar1080i (HDTV)
Format audio5.1
Siaran asal4 Disember 2021 – kini
StatusSebelum musim 3
MengikutiMechamato Movie (Prekuel)
Diikuti olehMechamato Movie 2
Rancangan berkaitan
BoBoiBoy
BoBoiBoy Galaxy

Mechamato ialah siri animasi Malaysia yang dihasilkan oleh Monsta Studios, memfokuskan kepada seorang budak lelaki bernama Amato dan rakan robotnya MechaBot, yang melawan robot jahat. Mechamato ialah sebahagian daripada francais BoBoiBoy dan siri ini juga berlaku sebelum siri asal dan BoBoiBoy Galaxy.

Siri animasi, Mechamato: The Animated Series ditayangkan di Cartoon Network Asia dari 4 Disember 2021 hingga 26 Februari 2022 untuk musim pertama. Musim pertama juga dikeluarkan di Netflix untuk rantau Asia-Pasifik pada Oktober 2022. Musim kedua mula ditayangkan pada 5 Disember 2022. Musim ketiga akan ditayangkan pada 16 September 2024.

Versi filem, Mechamato Movie, yang merupakan prekuel siri animasi, mula ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022. Sekuel akan ditayangkan pada 2026.